Wednesday, July 15, 2009

limo kuning


Rabu, 15 Julai 2009. Kelas batal. Alhamdulillah… hehe… Aku ajak Elly ke pesta konvo dari duduk kat rumah tanpa buat apa2. Tapi bukan kat UMT (Universiti Malaysia Terengganu) tapi kat UDM (Universiti Darul Iman). Saja pergi ke situ sebab tak jauh dari rumah sewa kami. Lagipun aku nak keluar dengan bestfriend aku Nurul yg study kat situ. Nak pergi bandar… Beli barang sikit dan bawa keluar duit sebab aku pakai buku dan bukan kad… hehe… :p

Tapi aku nak cerita pasal limo kuning @ van yg ditulis BAS SEKOLAH pada body van tu… Dekat sejam tunggu pak cik limo tu jalan tapi tak jalan juga. Nak penumpang yg ramai konon. Erm, aku rasa kasihan kat kakak 2 orang yg nak balik kampong pada pukul 2.30 petang. Dh la hari panas, boleh pula pak cik tu lepak main dam… Kesabaran di tahap pertama.. ermmm…

Dah dekat jam 2 pun, pak cik tu tak nak jalan! Ya Allah! Ada juga ke orang begini? Kakak 2 orang tu dah runsing. Nak pergi bandar tu ambik masa juga. Last2, kami pujuk pak cik tu jalan juga. Lantak la nak bayar mahal pun. Tak kisah! Dia charge RM4… Perghh… Mahal tul… Mentang2 la kami sikit. Ambil kesempatan pula. Kesabaran di tahap kedua…. Oppsss…

Rumah kami on the way ke bandar juga. So, Elly berhenti sekerat jalan. Apa lagi pak cik membebel la. Kasihan Elly. Tak pasal2 kena lecture percuma. Huhu… Pak cik tu tak nak pula ambil duit tambang Elly. Ai, pak cik ni… Tolak rezeki pula. Aku dan penumpang lain pun terkejut dengan tindakan pak cik tu. Sepanjang perjalanan ke bandar, pak cik tu membebel memanjang. Dia merungut pasal rezeki. Macam salahkan kami je.. Aku yg duduk kat depan ni, diam jer. Buat pekak… Setakat membebel tu, kami boleh tahan lagi. Pak cik ungkit pula cerita budak2 KUSZA (Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin) yg buat kejadian yg sama seperti tadi. Campur, tambah, tolak, semua ada. Budak UMT pun kena tempias. Pak cik tu tak tahu pun aku budak UMT. Huhu… Kesabaran tahap ketiga… Aduhai…

Dah sampai bandar, apa lagi kami turun semua. Walaupun tempat kami tuju tu jauh lagi (sekerat jalan jer…). Aku capai duit RM5 tambah duit Nurul RM5, jadi RM10. Patutnya tambang RM4 seperti yg dijanjikan awal tadi. Aku terus cakap tak payah bagi duit baki dan terus pergi dengan Nurul. Malas nak bising lagi.

Bila difikirkan kembali, mengapa pak cik tu membebel, mengungkit dan merungut? Seperti yg aku recall balik apa dia cakap, dia orang susah. Dah lama tunggu van kat situ dari pagi tadi. Hanya kerja driver van sahaja. So, aku assume dia tiada pendapatan lain. Aku faham la orang susah cari duit… Aku rasa kasihan juga. Tapi Nurul cakap tak boleh merungut pasal rezeki. Betul juga. Allah dah bagi mengikut rezeki masing2. Pak cik tu emosional pula dan menyalahkan kami yg tumpang van dia. Erm , apa pendapat anda?

Pada pendapat aku, pak cik van tu boleh membebel pasal penat menunggu penumpang sehari2. Sebab kos duit minyak kereta satu hal. Tak dapat tampung kos tadi. Penumpang pula sikit. Aku faham la sebab aku belajar ekonomi dulu. Tapi pak cik tu dah mengecilkan hati penumpang dia. Remember, customer always right! Kalau tiada student seperti kami yg tumpang van dia, macam mana dia nak cari makan. Lebih baik kami naik van lain. Pak cik van lain pun baik dan mesra lagi. Erm, dah rezeki dia hari ini. So, kita halalkan. Macam mana dengan penumpang lain? Adakah mereka punya kesabaran seperti kami? Remaja, darah muda… Cepat marah. Macam mana kalau ada yg tak halalkan duit yg dia bayar tu? Macam mana kalau mereka merasa kecil hati dengan pak cik tu? Masalah juga. Kalian, fikirlah sendiri… Mungkin bukan kami sahaja yg melalui keadaan ini. Sekian…..

No comments:

Post a Comment