Sunday, July 12, 2009

islami


Islami…. Apa yg anda fikirkan tentang ini? Otakku tiba2 terbejat seketika apabila sedang leka ‘lepak’ di library. Kawan kepada roomateku mengatakan si anu itu islami… islami? Terasa pula aku yg duduk kat tepi ini. Dah la tshirt labuh sampai ke lutut, tudung pula tudung meja… hehe… sebenarnya mereka merujuk kepada si anu tadi. Si anu berkopiah, berjalan menundukkan pandangan, dan memiliki sifat2 muslimin yg baik. Aku pun malu untuk terserempak dengannya. Hehe… tundukkan pandangan kalian! Jaga mata, terjagalah hati.

Berbalik pula dengan persoalan kita tadi. Orang seperti si anu tadi dilabelkan sebagai islami. Aku merasa pelik. Terasa diskriminasi pula dilabel begitu. Apakah islam dilihat begitu? Orang lain bagaimana? Dilabel dengan nama apa pula? Mesti kalian memikirkan benda yg sama juga. Bagaimanakah kita dilabelkan oleh orang sekeliling kita?

Satu persoalan yg cukup bagus! Seperti yg tercatat dalam buku teks yg kita study dulu (:p), Allah menyuruh kita mematuhi aturanNya dan meninggalkan laranganNya. Semua orang tahu kenyataan ini… Tapi siapa yg dapat mempraktikkannya? Bagaimana? Adakah orang islami yg dikatakan tadi, islam juga begitu? Adakah islam begitu taboo dgn tudung besar, jubah, kopiah, dan yg sewaktu dgnnya? Ah, islam itu mudah! Allah tidak akan membebankan hambaNya. Betapa kotaknya minda orang kita skarang ni… huhu….

Wahai kawan2! Lihatlah sekeliling kalian… jika orang islami begitu, anda bagaimana pula islamnya? Aku lihat ada tembok di pemikiran masyarakat kita. Aku rasa tidak patut melabel orang begini. Masing2 melabel begini dan begitu. Bagaimana otak mahu menerima yg kita ini bersaudara? Ya… umat islam itu bersaudara. Bagaimana nak memupuk ukhuwah jika kita sendiri membina tembok melangit diantara kita?

Erm, kalian faham apa yg aku katakan ini? Aku menaip mengikut sesedap rasaku saja. Maaf jika anda tidak memahaminya.

No comments:

Post a Comment