Wednesday, July 15, 2009
kisah hari Sabtu
Bani Israel atau Yahudi meminta kepada Allah supaya dikurniakan satu hari untuk beribadah sahaja. Jadi, Allah mengurniakan hari Sabtu untuk mereka beribadah kepadaNya. Tiba satu ketika dimana Allah ingin menguji mereka. Allah memerintahkan kumpulan ikan timbul di permukaan air pada hari Sabtu sahaja. Tidak pada hari2 yg lain.
Bani Israel yg tamak memikirkan cara lain untuk mendapatkan ikan2 tersebut. Mereka meletakkan jala pada petang Jumaat dan mengangkat jala tersebut pada pagi Ahad. Tindakan licik mereka telah ditegur oleh satu golongan yg menegah mereka supaya berhenti melanggar perintah Allah. Golongan ini terus menasihati mereka walaupun tidak dipedulikan.
Wujud satu golongan lagi yg menegur golongan yg menasihati supaya berhenti melakukan pekerjaan tersebut. Mereka mengatakan bahawa tidak perlu mempedulikan dan berhenti menasihati golongan yg tamak itu.
Allah sangat murka akan apa yg telah berlaku. Allah juga memberi pembalasan yg setimpal dengan apa yg golongan2 ini lakukan. Golongan yg menasihati terlepas dari bala. Golongan yg tamak disumpah menjadi kera dan ada juga yg mengatakan mereka berkelakuan seperti kera. Golongan yg tidak mempeduli pula tidak diketahui apa pembalasan mereka kerana tidak disebut di dalam Al-Quran. Kalau tidak silap, Allah telah melupakan golongan ini!
Pengajaran….
1. Jadi golongan yg beriman dan mengerjakan kebajikan. Saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran. Golongan ini tidak tergolong dalam golongan yg kerugian. (Surah Al-Ikhlas 1-3)
2. Golongan yg amar makruf nahi mungkar dijanjikan pahala dan syurga oleh Allah s.w.t.
3. Sering mengingati untuk menasihati antara satu sama lain kerana kita akan ditanya tentang amalan di Padang Masyar. Jika kita sudah menasihati dan orang yg dinasihati tidak mempedulikan, maka kita terlepas dari pertanyaan di Padang Masyar atau terlepas dari tanggungjawab itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment