Sunday, July 12, 2009

syurga cinta


Malam ini kali pertama aku akan mula menaipkan kisah2 dalam bingkai kehidupan. Ahad, 12 Julai 2009. Lama sebenarnya aku nak meluahkan apa yg aku rasa dan lihat dari kaca mata hidupku… Aku download cerita Syurga Cinta. Lakonan Awal Asyaari (klu slh eja, maaf) dan Heliza AF. Cerita yg menyentuh hati. Kisah kemelut dalam jiwa umat kita tika ini. Aku mengaku aku menangis menonton filem ini. Terasa masa lampau menyesak dadaku. Bagaimana rasanya jiwa yg haus dgn nur hidayah? Ingin kembali kepada fitrah islam sebenar. Bukan hidup menongkah arus kemodenan tanpa benteng iman menjadi saksi….
Umat kita semakin tenggelam dalam arus kemodenan. Islam dikatakan hanya ikutan atau Islam atas nama. Sesiapa yg menjunjung Islam dikatakan kolot dan tidak seiring dengan arus kemajuan masa kini. Siapakah yg kolot sebenarnya? Orang yg mengejar redha Ilahi atau orang yg mengejar arus kemodenan?
Hidayah Allah amat berharga bagi yg merasainya. Rugilah org yg menolaknya. Aku bahagia kerana Allah masih menyayangiku. Memilih aku dalam jalan lurus ini. Terasa lagi peritnya hidup mencari apa itu Islam. Umurku yg masih muda diasak dgn pelbagai persoalan yg hanya kini aku jawab. Kenapa mereka solat? Kenapa perlu puasa? Kenapa tidak boleh berbohong? Dan macam2 lagi persoalan yg mendesak otak kerdilku.
Aku kenal Islam dari sekolah. Semestinya , Islam yg hanya dikenali dari teori sahaja. Aku tidak nafikan apa yg aku belajar disekolah hanya sekadar teori. Aku tak tahu kenapa aku perlu mempraktikkan apa yg dikatakan. Hatiku tidak merasai tujuan sebenar kenapa aku perlu memahaminya. Biasanya, aku belajar hanya sekadar untuk lulus exam sahaja. Rasanya, bukan aku sahaja yg merasai ini. Kita tidak diberitahu betapa indahnya Islam. Guru2 sibuk mengejar silibus dan menyediakan kita kepada exam. Mudahnya…. Hanya segelintir sahaja guru atau individu yg menyedari tanggungjawab mereka dimedam ini. Alangkah, beruntungnya jika mereka memanfaatkan kuasa yg mereka ada. Seperti gaya percakapanku seperti menyalahkan mereka sahaja. Bukan itu maksudku. Aku sekadar mewakili remaja yg sedang meronta-ronta diselamatkan. Aku memahami mereka kerana aku seperti mereka juga dulu.
Keluarga juga memainkan peranan dalam menjalankan misi ini. Tapi kenapa tugas mendidik anak2 dibiarkan kepada guru2? Apabila si anak melakukan kesalahan dan ibu bapa dipanggil, guru pula yg dipersalahkan. Betapa mudahnya melepaskan tangan... apakah mata mereka masih tidak terbuka dgn apa yg terjadi? Jiwa anak2 yg meronta2 dikatakan jiwa muda, tidak juga disejukkkan? Dibiarkan sahaja terkongkong dalam lautan jahiliah! Ibu! Ayah! Kami dahagakan kasih sayang kamu berdua.... Apa kalian tidak mengerti lagi dgn apa yg kami lakukan untuk menarik perhatian kalian?! Inilah persoalan yg bermain difikiran remaja kini...
Remaja kini amat menakutkan dari yg dulu. Banyak faktor yg memainkan peranan kepada masalah ini.rasanya semua telah sedia maklum. Masing2 saling tuduh-menuduh. Ini masalah umat! Ini bukan masanya untuk kita menunding jari ke arah orang lain. Sebaliknya, kita berusaha menyelesaikan masalah ini. Jadi, renungkanlah....

No comments:

Post a Comment