Saturday, August 22, 2009
ahlan wasahlan ya Ramadhan...
Jumaat, 21 Ogos 2009.
Alhamdulillah... Allah telah memberi kesempatan pada kita semua untuk meraikan ramadhan tahun ini. Al-Fatihah kepada yg pergi menyahut Ilahi dan moga ditempatkan bersama-sama orang2 yg soleh. Jangan kita lupa pada orang2 yg memerlukan (fakir miskin dan anak2 yatim). Pada bulan ini, hati mereka berbunga apabila ada orang lain meraikan Ramadhan bersama-sama.
Kita abaikan ‘keskemaan’... hehe... aku nak kongsi something dengan korang sume... pagi tadi aku pergi program macam biasa la. Pengisian kali ni ialah RAMADHAN.
RAMADHAN...
• Berasal dari perkataan Al-Ramdhu beerti hari panas @tanah panas.
• As-Siyam (puasa) iaitu menahan.
• Saumu Ramadhan iaitu menahan panas dari segi bahasa.
So, macam tu la asal nama Ramadhan. Aku pun baru tau. Hehe...
TUNTUTAN BERPUASA...
• Dituntutkan berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan.
Bila dah kata sebulan, sebulan juga la. Kadang2 1-29 hari (kalau anak bulan terbit awal, selalu time kecik2 dulu happy giler coz raya awal sehari. Tak tak sabar kumpul duit raya... Yohaaa! ) dan 30 hari macam biasa la.
• Firman Allah:
“Wahai orang2 beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. (Al-Baqarah:ayat 183)
Kalau nak tau, umat sebelum kita pun puasa juga. Kalau puasa Nabi Daud, selang sehari! Perghhh.... Hebat tu!
• Takwa bermaksud terjaga, terkawal & terlindung dari maksiat, gangguan syaitan & nafsu.
Kita menjaga segala deria kita (mata, mulut, tangan, tempat kita pergi & sebagainya). Nafsu kita jaga sebaik-baiknya. Bila nak shopping juadah berbuka, beringat la sikit. Jgn membazir. Kalau nak jd setan, no hal... pergi la melabur duit korang kat bazaar Ramadhan tanpa etika... haha...
PENGERTIAN PUASA DARI SEGI SYARAK...
• Menahan diri dari perkara yg membatalkan puasa.
Aku rasa korang dah tau apa yg membatalkan puasa kan... pandai2 la jaga diri tu. Lain hal kalau budak pompuan. Hehe... Rugi batal puasa ni. Tak pasal2 kena ganti/qada’. Kalau dah ganti, no hal.. tapi kalau xganti, alamatnya kena bayar fidyah (denda). Sehari bersamaan dengan secupak beras (900 gram).
• Umar Al-Khattab berkata:
“penahanan itu bukan hanya drpd makan & minum sahaja tetapi menahan diri dari berdusta, perbuatan yg tidak berfaedah, bercakap kosong, menjaga tangan dan lidah.
Bukan senang nak jaga mulut ni.. ‘termengumpat’, tersebut, terbaca (baca benda tak patut la), ternampak (tundukkan padangan kalian!), terbuat (lu pikir la sendiri...)
PERBANYAKKAN 4 PERKARA...
1. Syahadah
Sahaja aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
2. Istighfar
Kalau nak jaga mulut, jom kita mula kempen ISTIGHFAR! Astargfirulllah’alazim allazi la illahaillah hual hayyul qoyyum wa atubu ilaik. Selalu buat masa lepas solat @ wirid. Why not, kita ada jer masa lapang, kita beristighfarlah...
3. Minta syurga & buat persiapan
Sape xnak syurga beb... amar makruf nahi mungkar! Banyakkan amalan ya... yg wajib kita dah buat. So, kita banyakkan ibadah sunat. Solat terawih, solat sunat rawatib, dll. Lagipun, pahala masa bulan ramadhan ni berlipat-lipat kali ganda!
4. Minta bebas dari azab neraka
Selalu berdoa kita selamat dari azab neraka. Kalau api kecil kat dunia ni kita dah mengaduh. Kalau api kat neraka, berlipat-lipat kali ganda panasnya! So, sama2 la kita beringat sebelum buat dosa. Kena tempek sticker kat dahi (TAK NAK AZAB!) haha...
PUASA YG SEMPURNA...
• Niat berpuasa di malam hari.
Sebaiknya berniat setelah matahari terbenam. Jgn lupa niat dah la... sahaja aku berpuasa esok hari, bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala. Pakai bahasa apa2 pun boleh. Tak kisah. Janji kita faham maksudnya.
• Menahan diri drpd makan, minum & bersetubuh di siang hari.
Jgn lupa sahur (sahur dilakukan selepas bangun tidur. Bukan tgh malam!). jgn malas bangun sahur. Dapat pahala tau.. lagipun, seharian kita tak makan dari terbit fajar sampai terbenam matahari. Perlu banyak tenaga. Kita puasa dengan tak makan, minum & hubungan suami isteri... tut....
• Mengawal lidah.
Menjaga tutur kata kita sepanjang berpuasa. Dapat latih kita jaga percakapan kita. Aku pun kadang2 terlepas cakap. Maafkan aku. Terbiasa cakap kasar.. hehe.. moga istiqamah ya menjaga percakapan kita...
• Mengawal mata.
Tidak memandang benda yg tak baik. Rasanya korang tau apa aku cakap ni. Jgn tengok benda tak patut la. Tunduk2! Hehe... jgn langgar tiang dah ler... bukan tunduk 24 jam. Tapi memandang sesuatu yg baik dan berfaedah untuk kita!
• Mengawal telinga.
Jgn mendengar benda karut marut yg tak dibuktikan kesahihannya @ umpatan. Aku rasa lebih kita dengar sesuatu yg berfaedah. Manfaatkan teknologi ye...
• Mengawal tindakan & perkataan.
Berbalik kepada point mengawal lidah tadi. Tindakan tu kita jaga kelakuan kita la.
• Mengawal makan & minum.
Penat aku taip, dah taip tadi... faham2 je la k.
GANJARAN TAK TERHINGGA...
• Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis Alqusi yg bermaksud:
“setiap amalan anak Adam diberi 10 hingga 700 kali ganda.”
• Firman Allah:
“kecuali puasa, sesungguhnya ia kepunyaanKu & Aku sahaja layak membalasnya.”
PENGHAPUS DOSA...
• Allah mengampun dosa2 yg lalu bagi orang yg menyempurnakan puasa.
Yup! Allah akan ampunkan dosa2 kita JIKA puasa kita perfect!
Pagi tadi aku tengok citer nasi lemak kopi o kat TV9. Ada seorang pemanggil bertanya, adakah sah puasa seseorang itu jika tidak menjaga aurat dan solatnya? Ustaz tu cakap, puasanya sah. Tapi tak perfect amalnya jika meninggalkan suruhan Allah yg lain. Kalau korang nak buat air limau ais, tapi tak letak jus limau. Boleh panggil lagi ke air limau ais??? Erm, tepuk dada, tanya iman. Allah bagi akal untuk menbezakan mana yg baik mana yg buruk. Tak dapat bezakan? Perghhh... parah2... korang buka balik tafsir Al-Quran dan rujuk kembali sunnah nabi. Berapa banyak ayat Allah dah turunkan kat kita tapi kita ‘terlupa’ nak belek pun. Sekadar baca jer, tak faham tak guna juga. So, ada masa terluang, jom pakat ramai2 rujuk tafsir Al-Quran. Tak rugi pun. Minda kita pun makin luas! Tak payah tengok national geografic, discovery channel.. berbalik la pada Al-Quran dan sunnah nabi. Aku pun kena latih makan guna tangan... huhu.. kak jue makan guna sudu. Korang tak tau ek.. dah biasa dari kecik. Nenek pun makan sudu. So, generasi ke generasi. Perghh... berat deh..kena ubah ni. Tak selamanya nak makan guna sudu. Sape lagi nak ikut nabi kalau bukan kita pengikutnya. Bila tiba jer Ramadhan, alhamdulillah... ramai yg ke masjid. Meriah masjid kita. Jom terawih ramai2. Ade yg start pakai tudung. Terkejut gak bila tengok. Hehe... tapi yg sedihnya dah raya, tudung ntah kemana, masjid kembali sunyi. Selalu gitu... aku nak citer satu hal masa time aku kat sekolah. Cikgu sejarah aku ni cina. Dia tanya la kat cikgu ISLAM ni. Kenapa dia tak pakai tudung??? Tau tak apa jawapan dia... SEKARANG DAH MODEN, TAK PAKAI PUN TAKPE... TAKPE CIKGU CAKAP??? Malu kami ni yg pakai tudung bila cikgu cakap macam tu. Jadi kami ni ortodoks / kolot la. Huhu... pedih hati kami... ya Allah bagilah hidayahMu kat cikgu ni. So, kami explain la kat cikgu sejarah kami. Pakai tudung ni wajib bagi semua muslimah.bukan setakat tutup kepala jer tapi LABUH KE DADA. Perghhh... panjang giler artikel aku kali ni. 5 pages! Macam paper Sejarah aku dulu..hehe... bangga2.. astarghfirullah... tak boleh riak. Moga jadi manfaat kita semua k! insyaAllah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment