Monday, June 4, 2012

sabun susu beras jasmin!!!!

tuesday, 5 june 2012






K. Brothers Pure Milky Jasmine Rice Soap
The Herbal Moisturizing Soap
salam...



ada bisnes baru!!! 

beli2... hehe...


sabun susu beras diperbuat daripada ekstrak susu beras jasmin yang terbaik yang juga kaya dengan vitamin B. ia merupakan produk dari thailand yang terkenal diamalkan oleh gadis2 tempatan disana untuk menjaga serta mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit mereka. 


muka depan sabun @_@

sebagai pencuci muka:
-membolehkan kulit muka anda lebih cerah, lembut dan tegang
-menanggalkan semua kotoran, minyak, dan sel kulit mati
-berkesan menanggalkan -sel kulit mati, parut-parut jerawat, jeragat & kulit berminyak.
-menanggalkan kesan solekan dengan efektif


muka belakang sabun

sebagai sabun mandi pula:
-menanggalkan bintik hitam atau kesan hitam di ketiak, siku dan peha anda.
-sesuai utk semua jenis kulit termasuk kulit bermasalah
-memberi kesan kesegaran sepanjang hari
-badan anda tidak akan melekit walaupun ketika atau selepas berpeluh
-boleh menghilangkan bau badan
-menaikan aura seri wajah secara semula jadi
-menjadi kulit lebih cerah, halus dan tegang tanpa pengelupasan


muka depan packaging

muka belakang packaging.. tanda tanda halal disitu....



cara penggunaan:
boleh digunakan pada wajah atau badan untuk kegunaan harian. urut perlahan-lahan dalam 2-3 minit. kemudian cuci hingga bersih. vitamin dan mineral yang terdapat dalam susu beras jasmin akan memelihara kulit dan menyihatkan kulit wajah. ia juga menjadikannya sentiasa lembap selepas setiap kali kita menggunakan sabun ini.

cik jue pakai sabun ni dekat sebulan lebih. nampak perubahan la... hehe.. muka cik nampak dah cerah ckit. liang roma pun mcm dah jadi kecik! wahhh.. suke2.... rasa lembap plak kulit muka. terasa ble 1st time pakai. wangi plak tu. i like!!! cik jue suke pencuci muka yang diperbuat daripada bahan organik.. rasa yakin dengan kesan positif tu. hehe. sape2 nak beli, pm cik jue kat FB yer... harga dalam RM12 sebiji sabun. 

Saturday, March 24, 2012

sedang merancang untuk hari besar?


25 mac 2012, ahad

salam...

terlambat post. oppsss... hehe...

hari tu cik jue dengan bezfren cik jue jalan2. dah alang2 menyeluk perkasam tu, cik jue dengan cik N telah survey butik2 pengantin sekitar bintulu. mimpi ape ntah....


sebahagian dari budget yang cik jue google tadi.. pergh.. bley tahan.. dah bley faham kenapa mahal camni nak kawen jer?!

banyak benda yang kita xtaw pasal budget kawen ni... mak pernah cakap, "ko ingat senang ke nak kawen? bla2..." banyak lagi leteran dari si ibu yang tersayang. understood mom.... huhu.. dalam hati cik jue hanya menjawab, aku akan kawen 2 tahun lagi. lambat lagi... haha... dun worry..

kad kawen yang comey.. kat permata idaman pun ade jual gak. tapi gambar ni sekadar hiasan jer. :) kalau xsilap 150-200 keping, RM2 sekeping. kena order 2-3 minggu lebih awal.

berbalik kepada cerita tadi. kami singgah ke permata idaman. check kat facebook, rizal permata idaman. kat situ sekarang ni tengah promosi pakej kawen. berbaloi juga. bagi cik jue pakej dia lengkap dengan harga yang berpatutan. barang2 untuk buat hantaran pun ade. ala... kotak yang simpan gula2 or telo rebus tu.. ahakz... banyak yang cik rizal (pemilik butik) terangkan kat kitorang. hampeh cik jue ni xtaw ape2.. ~~! adoyay...

cik rizal pun cakap, "bukan mak bapak sekarang jual anak, tapi memang barang mahal."
betul la ape dia kata. nak dibandingkan 3,4 tahun lepas, mana sama. harga minyak naik taw! semua barang mahal. huhu. harga set pelamin kat bintulu ni masih murah kalau nak dibandingkan dengan kawasan Kuching. kos katering lagi.. tepuk kepala! haha.orang kat bintulu memang pakai katering. bukan macam dulu, gotong royong satu kampung kalau ade yang nak kawen. mau juga sekor lembu tumbang.. hehe. lagi satu cik jue baru taw ade watikah untuk bertunang! banyak info yang cik jue dan cik N dapat masa tu.


SANGAT sukakan kotak kayu puteh ni!!! tengah imagine barang hantaran tema puteh merah... hehe...

cik jue pun dok gatal2 nak kira budget kawen walaupun lambat lagi cerita kawen tu. haha. tup2.. dekat 20 ribu!!! mak datok... botak pale ni ha... memang budget banyak tu pun. haha. tapi kalau bley cik jue nak buat simple jer. xnak membazir. yang penting keberkatan. budget untuk masa depan lagi penting.. JANGAN BUAT LOAN SEMATA2 NAK KAWEN GRAND. MERANA NANTI!!!

p/s: kepada kaum adam, jangan salah anggap mak bapak bakal isteri anda nak jual anak. terimalah hakikat bahawa tahun sudah berganti tahun, harga minyak xpernah turun2. naik lagi ada. ingat tu... merajuk dia kang... baru taw. melepas!

Tuesday, February 21, 2012

biarlah mereka berkata2... aku sudah penat!

tuesday, 21 feb 2012


salam

penat sudah....

actually cik jue nak hidup happy jer lps kejadian aritu. memang x dinafikan dugaan sentiasa datang kan. sejauh mana kesabaran kita menilai kematangan kita untuk handle semua situasi yg mendatang. yer.. sememangnya kita akan beremosi apabila sesuatu berlaku terhadap kita. lagi2 kalau hal itu kita sudah berbuat sebaek mungkin dan akhirnya kekecewaan yg menanti. penat sekali apabila tidak dihargai. penat sekali apabila orang bersangka buruk terhadap kita. penat apabila ditikam sekali lagi. PENAT!!!

hidup ini penuh dengan cinta tapi cinta Dia lebih indah...

kawan cik jue diduga hari ini. ya mungkin satu salah faham. tapi tiada yang suka ditikam dari belakang. bukankah lebih baek perkara tersebut diselesaikan secara bersemuka? kawan cik jue cakap, aku ikhlas buat kerja tu, kenapa ade orang tetap x puas hati. aku xminta gaji lebh pun katanya... cik jue kata, sabar la. mulut orang xkan berhenti berkata2. biarlah mereka. xberbaloi kita rosakkan hari kita untuk orang sebegitu. bukan mereka yang suap kita makan bukan??? kawan cik jue masih beremosi. lama2 sejuk juga. insyaAllah.

tidak mengapa keseorangan, Dia tetap ada disisi kita...

mak cik jue pernah berkata biarlah orang nak buat apa dekat kita. bukan kita yang buat orang. orang itu akan penat suatu hari nanti. orang itu juga akan mendapat balasan juga bukan. jadi bersabarlah.. ada hikmah disebalik semua yang terjadi. kadang2 kita diuji kerana ada juga silap yang kita lakukan. Allah menguji ketaqwaan hambaNya. tanda Allah sayang akan kita. manis sungguh cinta ini. Allah cintakan kita sebab itu kita diuji. dugaan yang datang pun diberi mengikut kemampuan kita. Allah xkan uji melainkan hambaNya mampu melaluinya. kita sahaja yang selalu lupa padaNya. jahat sungguh kita kan...

bley bayangkan cik jue berlari hilangkan stress x? hehe...

moga kawan cik jue sejuk juga malam ni. huhu.. sungguh tidak bez apabila kawan anda xgembira.jadi, gembirakan dia. ingatkan dia bahawa dia masih punya orang yang menyayanginya. dia masih punya keluarga, kawan2 dan tuhan yang mencintai dirinya.

Thursday, February 16, 2012

draf hidup?




friday, 17 feb 2012

salam...

BESARnyer huruf itu kan... haha.

topik hari ni.. draf hidup.

hurm... tadi berbincang dengan staf kat sini tentang planning masa depan. teringat kat dalam blog cik jue ada letak gambar dalam post my room sebelum ni. yer.. planning. penting kan??? sape2 kat sini yang suka sangat buat planning awal ni?! hehe.
bley bayangkan cik jue tolak troli dengan barang yang bertimbun?


cik jue ni suka buat planning awal2. even nak gi shopping barang dapur pun, cik jue dah ready dengan list taw.. haha. sapa nak pergi supermarket 2, 3 kali? penat taw kalau nak gi semula. huhu. habit ni mula sejak zaman sekolah lagi. pernah cik jue buat draf tu masa STPM. cik jue rancang sampai umur MARRIED. haha.

berangan nak pakai baju pengantin warna pink. :)

rasa risau la plak... umur cik jue dah 24 tahun. tapi keja pun masih biasa2. gaji cukup makan. xrezeki lagi kata org. bersyukur la. risau target xcapai lagi. huhu.. kalau keja masih gaji cukup makan, maknanya lambat la nak kawen!!!! makkkk!!! xnak lewat sangat kawen. naya la... ANDARTU!!! huhuhu...

PARANOID!!! yer betul. cik jue risau tahap gaban. entah la. paling lewat cik jue nak kawen masa umur 26 tahun. kalau lewat sangat takut risiko penyakit kaser payu dara dan susah nak beranak nanti. lagipun kalau beranak lewat, nanti umur dah tua, anak kecik lagi.. ikut dari belakang. huhu...adoyay.. mana ada tenaga nak uruskan diorg nanti.. lagi2 cik jue nak anak ramai. haha... suka keadaan meriah taw.

nyanyuk dah kot ni.. melalut xtentu pasal. haha. opss. tu jer kot.
tata...

Wednesday, February 15, 2012

satu permulaan baru mungkin???



wednesday, 15 feb 2012

salam...



cantek x??? bukan cik jue yg lukis. hehe.

erm... terdetik nak update.

semalam masa tengah baca novel contengan jalanan by hlovate, cik jue terasa semangat baru. entah la. terasa nak buat something new dan hebat. perjalanan hidup cik jue buat masa sekarang terasa macam dull. macam xde tujuan. somtehing that missing. well, not love perhaps.. haha.

terasa nak join bulatan gembira kembali.. lama betul tinggal zaman tu. huhu.. pastu plak, cik jue terus capai pensel dan kertas. TULIS SAJAK!!! yer... cik jue pun dah lama xberkarya. bersajak macam meluahkan perasaan jer. adoyay. terasa juga nak buat novel. hehe. sifat pemalas ni kuat betul genggam diri cik jue.. ALASAN JER...


nak simpan duit...

nak tambah income...
cik jue rasa xdapat nak kerja kat sini jer. cik jue kena tukar kerja. yela.. cari life yang lebih stabil. stabil dari segi material-kewangan, rumah dan kereta. umur dah dekat 24 tahun. susah juga kalau xcapai apa2 lagi dalam life kan. lagipun adik mesti nak sambung belajar tahun depan. banyak nak pakai duit tu.


menulis???

berkarya...
cik jue nak menulis kembali. sebagai cara untuk meluahkan perasaan. ya, itu kebenaran. paling kurang dapat juga stress kat tempat kerja hilang. bersajak adalah cara yang paling mudah. xperlu nak hurai. ringkas dan penuh perasaan. semalam pun 2 sajak cik jue buat spontan!

tulis novel???
erm.. masih bercita2 nak tulis novel. haha. pernah buat jalan cerita sahaja tapi novelnya xsiap2. sifat bertangguh2 selalu jer ade. malas apatah lagi. mungkin cik jue boleh start buat rangka. sebab jalan cerita macam dah ade jer. hehe. baek punya!!!

setakat tu jer kot planning cik jue nak buat. doakan cik jue berjaya dengan test penguasa kastam dan dapat offer temuduga. amin...

Sunday, January 22, 2012

dugaan itu manis...


sunday, 22 jan 2012

salam...



2 hari lepas dapat khabar berita yg bez sangat2!!! bkn satu tp 3 dalam sehari.. alhamdulillah.

cerita pasal dugaan, Allah takkan menguji umatNya melainkan hambaNya itu mampu melaluinya. dengan kata lain, Allah takkan uji kita melebihi kemampuan kita. dugaan yg diberi adalah utk menguji ketaqwaan kita terhadapNya.

tahu tak dugaan itu sesuatu yg manis? hehe. beberapa hari lepas, cik jue diuji dengan dugaan yg cukup berat. xpasal2 mata asyik sembap jer. huhu. masa itu, barulah kita tahu siapa kawan dan lawan kita.

member: kau ni percaya orang sangat. tengok ape dah jadi...
cik jue: benda dah jadi pun...

masa ni, cik jue rasa sangat sedih bila kawan yg kita percaya dan hormat main tikam2 dengan kita. ya, mungkin salah cik jue terlepas cakap. kurang2 cik jue dah tau siapa kawan masa menangis dan ketawa. dapat juga merasa asam garam kehidupan. kita ni bukan makin muda, makin tua ada la. segala rasa masam, pahit, manis, masin ni akan menjadi penyedap rasa kehidupan yg mendatang. bukan mudah nak lalui dugaan ni. tp beruntung sesiapa yg dapat melaluinya dengan kesabaran yg tinggi.

entahlah. masa cik jue kena main tikam2 hari tu, memang agak terkejut dan blur.... aku pernah cakap ke semua itu. adoyay, cip memori cik jue ni dah lama.sesungguhnya tak ingat pun pernah cakap semua tu. maknanya kena tambah ram baru kot baru kuat ckit cip tu. huhu. masa cik jue terlepas cakap tu, cik jue mungkin dalam keadaan emosi sangat2 coz cik jue tak ingat pun apa cik jue dah cakap. sape2 yg tak kenal cik jue, diorang confirm terasa. tapi yg dah lama kenal, dia bergurau camtu rupanya. marah2 pun kejap jer. sekadar melepaskan rasa marah tu. pastu lupa apa yg cik jue dah cakap. ish2.. sah2 ni,. benda tu sebenarnya tak penting utk diingat. huhu.

opppsss....

manusia ni tak boleh lari dari sifat pelupa. kadang2 lupa pula bersyukur dan ikhlas. susah juga kan. tapi bila pikir balik, sebenarnya mudah jer kalau kita ikut jer apa Allah suruh. tak lupa, manusia ini juga ada ego. ego yg akan cair walaupun sekeras ais kutub utara. dengan hanya sujud pada Ilahi. hanya seperti itu bukan... ada juga yg sangat ego sehingga sanggup menidakkan hukum Allah sedangkan mengetahui kebenarannya. kata orang dulu, menegakkan benang yg basah. ermm... pernah jumpa tak manusia sebegini. semua jenis manusia ada, cuma kita jer tak jumpa lagi.

cik jue cakap dugaan tu manis sebab, lepas semua kejadian tu semua, cik jue dapat khabar gembira dari cik handphone. hehe. khabar dari SPA @ suruhanjaya perkhidmatan awam. punyer la happy gler. yela.. masa tu kepala dok sarat dengan masalah. rupanya ada pelangi selepas hujan. hujan rahmat kata orang. indah bukan. cik jue diminta utk ambil exam. exam utk penguasa kastam. tak sangka dapat berita dari SPA pada masa tu. exam dulu. lepas tu baru temu duga. doakan cik jue dapat.

khabar gembira kedua, cik jue diminta oleh aunty utk buat surat permohonan kerja. aunty kerja kat tempat cik jue pernah buat praktikal. orang kat situ pun dok tanya pasal cik jue. hehe. ada can le ni kalau ada kabel dah kan. opss... lagipun bandar Bintulu ni ada banyak program pembangunan kat similajau. kita tak tau kan rezeki tup2 ada. yang penting adalah usaha.kalau kita usaha, insyaAllah hasilnya mesti manis gler. masa tu xingat dah masa sakit2 buat kerja. jangan lupa ikhlas buat kerja tau.. penting sangat2 la niat kita kerja.
ada lagi khabar gembira lain tapi tak penting sangat pun cik jue nak hurai kat cni. hehe. tak sabar rasanya nak adventure yg baru.. maksud cik jue pengalaman kerja yg baru. tak sabar betul la..

ingatlah wahai sayang, kadang2 kita tak dapat apa kita nak bukan sebab Allah tak sayang kita lagi. tapi sebab dia sayang la dia tak bagi kat kita. sebab benda kita nak tu mungkin tak elok pun utk hidup kita. Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. beruntungkan kita. Allah sentiasa sayang kat kita walaupun kadang2 kita lupa Dia.


p/s: jangan lupa berlapang dada apabila kamu diduga dengan masalah, sesungguhnya Allah bersama kamu. redha dengan ketentuanNya akan membuat kamu ikhlas dengan semua yg terjadi. kesabaran yg lahir pada masa itu terasa manisnya sehingga kamu lupa akan sengsara yg kamu alami. ikhlaslah wahai sayang..
chewahhh....

Thursday, January 19, 2012

juz aok jer...


thursday, 19 jan 2012

salam...


ada sesiapa yg hairan dengan tajuk post ni??? hehe. ada juga yg angguk.
kawan cik jue yg ajar ni. so, hari ni mula tersebar penyakit 'AOK'. actually, aok ni ya, yer, yes kata omputeh. :)

alkisah bermulalah kisah, penyakit AOK bermula apabila berlaku satu kes yg menggemparkan. hehe. biarlah.. dah jadi pun. ada 2 pengajaran... pengajaran pertama, kita perlulah sentiasa menjaga mulut. terbahagi kepada dua dimana kita perlu menjaga kebersihan mulut dan menjaga tutur kata. tentang menjaga kebersihan mulut, maklum sudah mengetahui bahawa kita perlu memberus gigi 2 kali sehari. lagi afdal jika memberus gigi setiap kali habis makan. (bley x kira kos ubat gigi sebulan kalau buat mcm tu??? :)) tutur kata.. erm.. ni isu berat. lagi susah kalau cakap tak serupa bikin. kata2 yg dikeluarkan perlulah menjaga hati semua pihak. betul x? kita x tahu bila kata2 kita itu boleh digunakan utk menjatuhkan kita kembali. pendek kata bukan pendek lidah taw... hehe. kita mestilah buka mulut apabila perlu. jangan tahu buka mulut utk makan jer. jangan marah yer....



pengajaran kedua, bersabarlah... ni yg cik jue lemah sangat sebab cik jue ni pemarah sikit. sikit je la. hehe. marah kejap jer, lepas tu lupa apa yg dah keluar dari mulut. malangnya kita xtahu ada pula yg terasa bila kita marah2 mcm tu.. JULIZA MINTA MAAF KALAU TERKASAR BAHASA DAN SILAP CAKAP SEHINGGA MENIMBULKAN SALAH FAHAM. besar punyer statement tu. hehe. entahlah. member cakap," kalau org xkenal kau jue memang diorang salah faham. tapi aku kenal kau mcm mana." huhu. mcm tu la member kata tadi. lepas ni kalau la marah2 kena tengok line dan tempat tersebut. pastikan line di kawasan tersebut CLEAR dan tiada orang yg main TIKAM2 di tempat itu.

rasa mcm panjang jer post kali ni walaupun xmacam esei sejarah tingkatan 6 dulu. hehe. sekarang kita turut menghidap penyakit AOK.
AOK... AOK... AOK... AOK... AOK... AOK...

p/s:-dengar lagu beribu sesalan dari 3 suara masa buat ni. suara diorang cukup bez!
-sesungguhnya bila kawan makan kawan, sakit doi!


sekian...

Friday, January 13, 2012

suatu janji

jumaat, 13/01/2012


sungguh cumil bukan???

lama tak update cter cik jue kat cni. huhu.. bz jer memanjang. hehe. overtime la konon. bila member cakap rajinnya, terus jer jawab nak kumpul duit kawen. haha.. sepatutnya tu line org lelaki. cik jue pinjam jap yer... :)

ngap!!!

cik jue dah pindah keja kat hotel. bangunan sebelah je pun. hanya overtime 2 kali seminggu kat tempat lama coz member off. maknanya cik jue keja dari pukul 7 pagi sampai 12 tgh mlm kalau campur overtime tu! SUPERWOMEN??? cik jue jawab gitu jer bila ade staf hairan tengok cik jue pada malamnya. hehe. pastu buat muka selamba. xkan nak jawab panjang2 kot? kalau ade jawapan objektif, lagi senang nak jawab kot... hehe. ade plak gitu yer... ngarut jer cik jue..

kiut sgt muka ni... syg sgt2...

nak cakap penat, mmg la penat. tapi kita xbley merungut. keja mau ikhlas maa... hehe. bila kita ikhlas buat keja, rasa penat pun xla terasa sangat kan... sape setuju angkat tangan! haa... kan ade jer angguk2 kepala tu. hehe.

minggu lepas cik jue bawak budak2 pergi makan fast food. singgah xjauh dari rumah dan tempat kerja. SUGARBUN... ala2 KFC dgn MC Donald gak. BUDAK2??? jgn slh fhm taw.. adik2 cik jue yg kiut iut tu. hehe... dah janji nak bawak diorg mkn2. sape bley tolak kalau tengok muka diorg ni.. cayak noh!!!! cakap utara plak dah... ckit jer pun. :)

well, tu je kot buat masa ni.. minggu depan ade masa, cik jue post lagi k...

salam...