Sunday, January 22, 2012

dugaan itu manis...


sunday, 22 jan 2012

salam...



2 hari lepas dapat khabar berita yg bez sangat2!!! bkn satu tp 3 dalam sehari.. alhamdulillah.

cerita pasal dugaan, Allah takkan menguji umatNya melainkan hambaNya itu mampu melaluinya. dengan kata lain, Allah takkan uji kita melebihi kemampuan kita. dugaan yg diberi adalah utk menguji ketaqwaan kita terhadapNya.

tahu tak dugaan itu sesuatu yg manis? hehe. beberapa hari lepas, cik jue diuji dengan dugaan yg cukup berat. xpasal2 mata asyik sembap jer. huhu. masa itu, barulah kita tahu siapa kawan dan lawan kita.

member: kau ni percaya orang sangat. tengok ape dah jadi...
cik jue: benda dah jadi pun...

masa ni, cik jue rasa sangat sedih bila kawan yg kita percaya dan hormat main tikam2 dengan kita. ya, mungkin salah cik jue terlepas cakap. kurang2 cik jue dah tau siapa kawan masa menangis dan ketawa. dapat juga merasa asam garam kehidupan. kita ni bukan makin muda, makin tua ada la. segala rasa masam, pahit, manis, masin ni akan menjadi penyedap rasa kehidupan yg mendatang. bukan mudah nak lalui dugaan ni. tp beruntung sesiapa yg dapat melaluinya dengan kesabaran yg tinggi.

entahlah. masa cik jue kena main tikam2 hari tu, memang agak terkejut dan blur.... aku pernah cakap ke semua itu. adoyay, cip memori cik jue ni dah lama.sesungguhnya tak ingat pun pernah cakap semua tu. maknanya kena tambah ram baru kot baru kuat ckit cip tu. huhu. masa cik jue terlepas cakap tu, cik jue mungkin dalam keadaan emosi sangat2 coz cik jue tak ingat pun apa cik jue dah cakap. sape2 yg tak kenal cik jue, diorang confirm terasa. tapi yg dah lama kenal, dia bergurau camtu rupanya. marah2 pun kejap jer. sekadar melepaskan rasa marah tu. pastu lupa apa yg cik jue dah cakap. ish2.. sah2 ni,. benda tu sebenarnya tak penting utk diingat. huhu.

opppsss....

manusia ni tak boleh lari dari sifat pelupa. kadang2 lupa pula bersyukur dan ikhlas. susah juga kan. tapi bila pikir balik, sebenarnya mudah jer kalau kita ikut jer apa Allah suruh. tak lupa, manusia ini juga ada ego. ego yg akan cair walaupun sekeras ais kutub utara. dengan hanya sujud pada Ilahi. hanya seperti itu bukan... ada juga yg sangat ego sehingga sanggup menidakkan hukum Allah sedangkan mengetahui kebenarannya. kata orang dulu, menegakkan benang yg basah. ermm... pernah jumpa tak manusia sebegini. semua jenis manusia ada, cuma kita jer tak jumpa lagi.

cik jue cakap dugaan tu manis sebab, lepas semua kejadian tu semua, cik jue dapat khabar gembira dari cik handphone. hehe. khabar dari SPA @ suruhanjaya perkhidmatan awam. punyer la happy gler. yela.. masa tu kepala dok sarat dengan masalah. rupanya ada pelangi selepas hujan. hujan rahmat kata orang. indah bukan. cik jue diminta utk ambil exam. exam utk penguasa kastam. tak sangka dapat berita dari SPA pada masa tu. exam dulu. lepas tu baru temu duga. doakan cik jue dapat.

khabar gembira kedua, cik jue diminta oleh aunty utk buat surat permohonan kerja. aunty kerja kat tempat cik jue pernah buat praktikal. orang kat situ pun dok tanya pasal cik jue. hehe. ada can le ni kalau ada kabel dah kan. opss... lagipun bandar Bintulu ni ada banyak program pembangunan kat similajau. kita tak tau kan rezeki tup2 ada. yang penting adalah usaha.kalau kita usaha, insyaAllah hasilnya mesti manis gler. masa tu xingat dah masa sakit2 buat kerja. jangan lupa ikhlas buat kerja tau.. penting sangat2 la niat kita kerja.
ada lagi khabar gembira lain tapi tak penting sangat pun cik jue nak hurai kat cni. hehe. tak sabar rasanya nak adventure yg baru.. maksud cik jue pengalaman kerja yg baru. tak sabar betul la..

ingatlah wahai sayang, kadang2 kita tak dapat apa kita nak bukan sebab Allah tak sayang kita lagi. tapi sebab dia sayang la dia tak bagi kat kita. sebab benda kita nak tu mungkin tak elok pun utk hidup kita. Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. beruntungkan kita. Allah sentiasa sayang kat kita walaupun kadang2 kita lupa Dia.


p/s: jangan lupa berlapang dada apabila kamu diduga dengan masalah, sesungguhnya Allah bersama kamu. redha dengan ketentuanNya akan membuat kamu ikhlas dengan semua yg terjadi. kesabaran yg lahir pada masa itu terasa manisnya sehingga kamu lupa akan sengsara yg kamu alami. ikhlaslah wahai sayang..
chewahhh....

No comments:

Post a Comment