Thursday, January 19, 2012

juz aok jer...


thursday, 19 jan 2012

salam...


ada sesiapa yg hairan dengan tajuk post ni??? hehe. ada juga yg angguk.
kawan cik jue yg ajar ni. so, hari ni mula tersebar penyakit 'AOK'. actually, aok ni ya, yer, yes kata omputeh. :)

alkisah bermulalah kisah, penyakit AOK bermula apabila berlaku satu kes yg menggemparkan. hehe. biarlah.. dah jadi pun. ada 2 pengajaran... pengajaran pertama, kita perlulah sentiasa menjaga mulut. terbahagi kepada dua dimana kita perlu menjaga kebersihan mulut dan menjaga tutur kata. tentang menjaga kebersihan mulut, maklum sudah mengetahui bahawa kita perlu memberus gigi 2 kali sehari. lagi afdal jika memberus gigi setiap kali habis makan. (bley x kira kos ubat gigi sebulan kalau buat mcm tu??? :)) tutur kata.. erm.. ni isu berat. lagi susah kalau cakap tak serupa bikin. kata2 yg dikeluarkan perlulah menjaga hati semua pihak. betul x? kita x tahu bila kata2 kita itu boleh digunakan utk menjatuhkan kita kembali. pendek kata bukan pendek lidah taw... hehe. kita mestilah buka mulut apabila perlu. jangan tahu buka mulut utk makan jer. jangan marah yer....



pengajaran kedua, bersabarlah... ni yg cik jue lemah sangat sebab cik jue ni pemarah sikit. sikit je la. hehe. marah kejap jer, lepas tu lupa apa yg dah keluar dari mulut. malangnya kita xtahu ada pula yg terasa bila kita marah2 mcm tu.. JULIZA MINTA MAAF KALAU TERKASAR BAHASA DAN SILAP CAKAP SEHINGGA MENIMBULKAN SALAH FAHAM. besar punyer statement tu. hehe. entahlah. member cakap," kalau org xkenal kau jue memang diorang salah faham. tapi aku kenal kau mcm mana." huhu. mcm tu la member kata tadi. lepas ni kalau la marah2 kena tengok line dan tempat tersebut. pastikan line di kawasan tersebut CLEAR dan tiada orang yg main TIKAM2 di tempat itu.

rasa mcm panjang jer post kali ni walaupun xmacam esei sejarah tingkatan 6 dulu. hehe. sekarang kita turut menghidap penyakit AOK.
AOK... AOK... AOK... AOK... AOK... AOK...

p/s:-dengar lagu beribu sesalan dari 3 suara masa buat ni. suara diorang cukup bez!
-sesungguhnya bila kawan makan kawan, sakit doi!


sekian...

No comments:

Post a Comment