Showing posts with label persoalan2.... Show all posts
Showing posts with label persoalan2.... Show all posts

Saturday, October 30, 2010

my family...

pokok bunga kertas mak aku...

maafkan adik aku yg posing xsenonoh ckit tu. haha..



comey x benda yg berbulu kat atas pale diorg tu... ye le tu... :)


my family.... mmmmmmmmuuuuuuahhhhhhhh.....



sabtu, 30 oct 2010


aarrrrgggghhhhhh... masuk tido ptg tadi, ni kali kedua aku mimpi psl family aku... huhu.. (p/s: xelok tido ptg...)rindu betul!!! dah la mimpi pertama tu aku ingat2 luper umah aku kat mane.. mimpi ptg tadi pun sama.. adoyay.. sedih tul...

aku berazam utk xbalik until raya or till my convo next year.. giler kentang!!! utk mengatakan betapa gilernyer idea aku tu.. haha... (ketawe megah tapi dlm ati ade gelora badai... huhu)yerrr!!!!!!!!!!!! korang xsilap baca.. aku mmg plan xnak balik... antara sbb aku xbalik adalah:

  1. tiket flight mahal... (padahal ade je yg murah).. aku malas plak nak membazirkan duit aku utk cuti kejap jer... time ry lps, aku xbalik.. huhu.. sedih gak.. tapi aku tgh pokai gak.. nak menyusahkan mak bapak aku cari duit utk tiket flight tu, xpyh r... aku sanggup dok kat perautauan... huhu.. ade plak satu kawan ni. ckp besar nmpk.. oh tidak!!! berprasangka plak aku ni.. member ni ckp walaupun tiket raya tu beratus pun dia sanggup balik!!! perghh.. punyer semangat nak balik raya sambut dgn family. xpe r... ko org senang. aku org susah tumpang raya kat rumah orang lain... berapa sen sgt la tiket bas ko tu nak dibanding dgn tiket flight aku tu.. lalalalala......tapi aku simpan dlm ati jer ms tu... mls nak pkr... makin pkr, makin xsiuman aku dibuatnyer.. :( (ade plak gtu)
  2. cuti yg 2, 3 kerat... 2, 3 kerat disini bermaksud cuti xsampai sebulan la... so, drpd balik utk 2. 3 kerat je ni.. better aku stay cni jer... bley support aku punyer mkn utk sebulan...

  3. dunia ni luas... serius aku ckp, aku xde apply langsung utk study kat universiti kat sarawak. jgn ckp aku sombong yer.tapi bagi aku dunia ni luas.. bila lagi kita nak timba pengalaman kalau bukan masa muda ni.. haha... byk pengalaman aku dpt bila sambung study 'oversea' ni.. budaya baru, makanan tempatan (pergghhh... pedas!!!) dan kawan2 baru...
  4. rezeki aku kat cni... ni la jawapan aku bila ade org mempertikaikan keputusan aku utk study di ganu ni.. woi!!! anda sekalian. Allah dah tentukan rezeki masing2.. lantak la nak jadi ape pun... ade korang suap nasi kat mulut aku ni ke??? mak bapak aku jugak yg ssh2 cari duit. huhu.. opsss... ter'emo sebentar bersama..... hehe... Allah dah tentukan rezeki masing2... sekali lagi aku ulangi..:) terima la hakikat dimana bumi dipijak disitu bumi dijunjung...perghhh... ayat. xbley blah... tapi ade kaitan ke dgn point tadi.. opppss... yg penting niat dan usaha kita... lantak la ape org nak ckp... mulut diorang mmg xbley tutup pun.. buang karan jer kalau layan tapi pedih menusuk kalbu ayat diorang tu... lupakan la... niat biarlah Lillahi Taala... usaha sehabis baik.. aku akan tunjukkan kat org yg pandang rendah kat family aku dan aku, aku boleh berjaya dan tanggung family aku!!! u go gurl!!!!! haha...

aku dah melalut jauh dgn point aku tadi.. hehe... tu antara sebab kenapa aku xbalik... yang pasti aku betul2 rindukan family aku.. aku sayang family aku... sayang sangat2... aku nak bawak ijazah balik... cari keje bagus, beli rumah utk mak bapak aku dan beli kereta sebuah mcm yang mak aku suruh.. perintah bonda akan anakanda junjung....







roger n out!!!


Wednesday, July 15, 2009

limo kuning


Rabu, 15 Julai 2009. Kelas batal. Alhamdulillah… hehe… Aku ajak Elly ke pesta konvo dari duduk kat rumah tanpa buat apa2. Tapi bukan kat UMT (Universiti Malaysia Terengganu) tapi kat UDM (Universiti Darul Iman). Saja pergi ke situ sebab tak jauh dari rumah sewa kami. Lagipun aku nak keluar dengan bestfriend aku Nurul yg study kat situ. Nak pergi bandar… Beli barang sikit dan bawa keluar duit sebab aku pakai buku dan bukan kad… hehe… :p

Tapi aku nak cerita pasal limo kuning @ van yg ditulis BAS SEKOLAH pada body van tu… Dekat sejam tunggu pak cik limo tu jalan tapi tak jalan juga. Nak penumpang yg ramai konon. Erm, aku rasa kasihan kat kakak 2 orang yg nak balik kampong pada pukul 2.30 petang. Dh la hari panas, boleh pula pak cik tu lepak main dam… Kesabaran di tahap pertama.. ermmm…

Dah dekat jam 2 pun, pak cik tu tak nak jalan! Ya Allah! Ada juga ke orang begini? Kakak 2 orang tu dah runsing. Nak pergi bandar tu ambik masa juga. Last2, kami pujuk pak cik tu jalan juga. Lantak la nak bayar mahal pun. Tak kisah! Dia charge RM4… Perghh… Mahal tul… Mentang2 la kami sikit. Ambil kesempatan pula. Kesabaran di tahap kedua…. Oppsss…

Rumah kami on the way ke bandar juga. So, Elly berhenti sekerat jalan. Apa lagi pak cik membebel la. Kasihan Elly. Tak pasal2 kena lecture percuma. Huhu… Pak cik tu tak nak pula ambil duit tambang Elly. Ai, pak cik ni… Tolak rezeki pula. Aku dan penumpang lain pun terkejut dengan tindakan pak cik tu. Sepanjang perjalanan ke bandar, pak cik tu membebel memanjang. Dia merungut pasal rezeki. Macam salahkan kami je.. Aku yg duduk kat depan ni, diam jer. Buat pekak… Setakat membebel tu, kami boleh tahan lagi. Pak cik ungkit pula cerita budak2 KUSZA (Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin) yg buat kejadian yg sama seperti tadi. Campur, tambah, tolak, semua ada. Budak UMT pun kena tempias. Pak cik tu tak tahu pun aku budak UMT. Huhu… Kesabaran tahap ketiga… Aduhai…

Dah sampai bandar, apa lagi kami turun semua. Walaupun tempat kami tuju tu jauh lagi (sekerat jalan jer…). Aku capai duit RM5 tambah duit Nurul RM5, jadi RM10. Patutnya tambang RM4 seperti yg dijanjikan awal tadi. Aku terus cakap tak payah bagi duit baki dan terus pergi dengan Nurul. Malas nak bising lagi.

Bila difikirkan kembali, mengapa pak cik tu membebel, mengungkit dan merungut? Seperti yg aku recall balik apa dia cakap, dia orang susah. Dah lama tunggu van kat situ dari pagi tadi. Hanya kerja driver van sahaja. So, aku assume dia tiada pendapatan lain. Aku faham la orang susah cari duit… Aku rasa kasihan juga. Tapi Nurul cakap tak boleh merungut pasal rezeki. Betul juga. Allah dah bagi mengikut rezeki masing2. Pak cik tu emosional pula dan menyalahkan kami yg tumpang van dia. Erm , apa pendapat anda?

Pada pendapat aku, pak cik van tu boleh membebel pasal penat menunggu penumpang sehari2. Sebab kos duit minyak kereta satu hal. Tak dapat tampung kos tadi. Penumpang pula sikit. Aku faham la sebab aku belajar ekonomi dulu. Tapi pak cik tu dah mengecilkan hati penumpang dia. Remember, customer always right! Kalau tiada student seperti kami yg tumpang van dia, macam mana dia nak cari makan. Lebih baik kami naik van lain. Pak cik van lain pun baik dan mesra lagi. Erm, dah rezeki dia hari ini. So, kita halalkan. Macam mana dengan penumpang lain? Adakah mereka punya kesabaran seperti kami? Remaja, darah muda… Cepat marah. Macam mana kalau ada yg tak halalkan duit yg dia bayar tu? Macam mana kalau mereka merasa kecil hati dengan pak cik tu? Masalah juga. Kalian, fikirlah sendiri… Mungkin bukan kami sahaja yg melalui keadaan ini. Sekian…..

Sunday, July 12, 2009

islami


Islami…. Apa yg anda fikirkan tentang ini? Otakku tiba2 terbejat seketika apabila sedang leka ‘lepak’ di library. Kawan kepada roomateku mengatakan si anu itu islami… islami? Terasa pula aku yg duduk kat tepi ini. Dah la tshirt labuh sampai ke lutut, tudung pula tudung meja… hehe… sebenarnya mereka merujuk kepada si anu tadi. Si anu berkopiah, berjalan menundukkan pandangan, dan memiliki sifat2 muslimin yg baik. Aku pun malu untuk terserempak dengannya. Hehe… tundukkan pandangan kalian! Jaga mata, terjagalah hati.

Berbalik pula dengan persoalan kita tadi. Orang seperti si anu tadi dilabelkan sebagai islami. Aku merasa pelik. Terasa diskriminasi pula dilabel begitu. Apakah islam dilihat begitu? Orang lain bagaimana? Dilabel dengan nama apa pula? Mesti kalian memikirkan benda yg sama juga. Bagaimanakah kita dilabelkan oleh orang sekeliling kita?

Satu persoalan yg cukup bagus! Seperti yg tercatat dalam buku teks yg kita study dulu (:p), Allah menyuruh kita mematuhi aturanNya dan meninggalkan laranganNya. Semua orang tahu kenyataan ini… Tapi siapa yg dapat mempraktikkannya? Bagaimana? Adakah orang islami yg dikatakan tadi, islam juga begitu? Adakah islam begitu taboo dgn tudung besar, jubah, kopiah, dan yg sewaktu dgnnya? Ah, islam itu mudah! Allah tidak akan membebankan hambaNya. Betapa kotaknya minda orang kita skarang ni… huhu….

Wahai kawan2! Lihatlah sekeliling kalian… jika orang islami begitu, anda bagaimana pula islamnya? Aku lihat ada tembok di pemikiran masyarakat kita. Aku rasa tidak patut melabel orang begini. Masing2 melabel begini dan begitu. Bagaimana otak mahu menerima yg kita ini bersaudara? Ya… umat islam itu bersaudara. Bagaimana nak memupuk ukhuwah jika kita sendiri membina tembok melangit diantara kita?

Erm, kalian faham apa yg aku katakan ini? Aku menaip mengikut sesedap rasaku saja. Maaf jika anda tidak memahaminya.

syurga cinta


Malam ini kali pertama aku akan mula menaipkan kisah2 dalam bingkai kehidupan. Ahad, 12 Julai 2009. Lama sebenarnya aku nak meluahkan apa yg aku rasa dan lihat dari kaca mata hidupku… Aku download cerita Syurga Cinta. Lakonan Awal Asyaari (klu slh eja, maaf) dan Heliza AF. Cerita yg menyentuh hati. Kisah kemelut dalam jiwa umat kita tika ini. Aku mengaku aku menangis menonton filem ini. Terasa masa lampau menyesak dadaku. Bagaimana rasanya jiwa yg haus dgn nur hidayah? Ingin kembali kepada fitrah islam sebenar. Bukan hidup menongkah arus kemodenan tanpa benteng iman menjadi saksi….
Umat kita semakin tenggelam dalam arus kemodenan. Islam dikatakan hanya ikutan atau Islam atas nama. Sesiapa yg menjunjung Islam dikatakan kolot dan tidak seiring dengan arus kemajuan masa kini. Siapakah yg kolot sebenarnya? Orang yg mengejar redha Ilahi atau orang yg mengejar arus kemodenan?
Hidayah Allah amat berharga bagi yg merasainya. Rugilah org yg menolaknya. Aku bahagia kerana Allah masih menyayangiku. Memilih aku dalam jalan lurus ini. Terasa lagi peritnya hidup mencari apa itu Islam. Umurku yg masih muda diasak dgn pelbagai persoalan yg hanya kini aku jawab. Kenapa mereka solat? Kenapa perlu puasa? Kenapa tidak boleh berbohong? Dan macam2 lagi persoalan yg mendesak otak kerdilku.
Aku kenal Islam dari sekolah. Semestinya , Islam yg hanya dikenali dari teori sahaja. Aku tidak nafikan apa yg aku belajar disekolah hanya sekadar teori. Aku tak tahu kenapa aku perlu mempraktikkan apa yg dikatakan. Hatiku tidak merasai tujuan sebenar kenapa aku perlu memahaminya. Biasanya, aku belajar hanya sekadar untuk lulus exam sahaja. Rasanya, bukan aku sahaja yg merasai ini. Kita tidak diberitahu betapa indahnya Islam. Guru2 sibuk mengejar silibus dan menyediakan kita kepada exam. Mudahnya…. Hanya segelintir sahaja guru atau individu yg menyedari tanggungjawab mereka dimedam ini. Alangkah, beruntungnya jika mereka memanfaatkan kuasa yg mereka ada. Seperti gaya percakapanku seperti menyalahkan mereka sahaja. Bukan itu maksudku. Aku sekadar mewakili remaja yg sedang meronta-ronta diselamatkan. Aku memahami mereka kerana aku seperti mereka juga dulu.
Keluarga juga memainkan peranan dalam menjalankan misi ini. Tapi kenapa tugas mendidik anak2 dibiarkan kepada guru2? Apabila si anak melakukan kesalahan dan ibu bapa dipanggil, guru pula yg dipersalahkan. Betapa mudahnya melepaskan tangan... apakah mata mereka masih tidak terbuka dgn apa yg terjadi? Jiwa anak2 yg meronta2 dikatakan jiwa muda, tidak juga disejukkkan? Dibiarkan sahaja terkongkong dalam lautan jahiliah! Ibu! Ayah! Kami dahagakan kasih sayang kamu berdua.... Apa kalian tidak mengerti lagi dgn apa yg kami lakukan untuk menarik perhatian kalian?! Inilah persoalan yg bermain difikiran remaja kini...
Remaja kini amat menakutkan dari yg dulu. Banyak faktor yg memainkan peranan kepada masalah ini.rasanya semua telah sedia maklum. Masing2 saling tuduh-menuduh. Ini masalah umat! Ini bukan masanya untuk kita menunding jari ke arah orang lain. Sebaliknya, kita berusaha menyelesaikan masalah ini. Jadi, renungkanlah....