Tuesday, February 21, 2012

biarlah mereka berkata2... aku sudah penat!

tuesday, 21 feb 2012


salam

penat sudah....

actually cik jue nak hidup happy jer lps kejadian aritu. memang x dinafikan dugaan sentiasa datang kan. sejauh mana kesabaran kita menilai kematangan kita untuk handle semua situasi yg mendatang. yer.. sememangnya kita akan beremosi apabila sesuatu berlaku terhadap kita. lagi2 kalau hal itu kita sudah berbuat sebaek mungkin dan akhirnya kekecewaan yg menanti. penat sekali apabila tidak dihargai. penat sekali apabila orang bersangka buruk terhadap kita. penat apabila ditikam sekali lagi. PENAT!!!

hidup ini penuh dengan cinta tapi cinta Dia lebih indah...

kawan cik jue diduga hari ini. ya mungkin satu salah faham. tapi tiada yang suka ditikam dari belakang. bukankah lebih baek perkara tersebut diselesaikan secara bersemuka? kawan cik jue cakap, aku ikhlas buat kerja tu, kenapa ade orang tetap x puas hati. aku xminta gaji lebh pun katanya... cik jue kata, sabar la. mulut orang xkan berhenti berkata2. biarlah mereka. xberbaloi kita rosakkan hari kita untuk orang sebegitu. bukan mereka yang suap kita makan bukan??? kawan cik jue masih beremosi. lama2 sejuk juga. insyaAllah.

tidak mengapa keseorangan, Dia tetap ada disisi kita...

mak cik jue pernah berkata biarlah orang nak buat apa dekat kita. bukan kita yang buat orang. orang itu akan penat suatu hari nanti. orang itu juga akan mendapat balasan juga bukan. jadi bersabarlah.. ada hikmah disebalik semua yang terjadi. kadang2 kita diuji kerana ada juga silap yang kita lakukan. Allah menguji ketaqwaan hambaNya. tanda Allah sayang akan kita. manis sungguh cinta ini. Allah cintakan kita sebab itu kita diuji. dugaan yang datang pun diberi mengikut kemampuan kita. Allah xkan uji melainkan hambaNya mampu melaluinya. kita sahaja yang selalu lupa padaNya. jahat sungguh kita kan...

bley bayangkan cik jue berlari hilangkan stress x? hehe...

moga kawan cik jue sejuk juga malam ni. huhu.. sungguh tidak bez apabila kawan anda xgembira.jadi, gembirakan dia. ingatkan dia bahawa dia masih punya orang yang menyayanginya. dia masih punya keluarga, kawan2 dan tuhan yang mencintai dirinya.

Thursday, February 16, 2012

draf hidup?




friday, 17 feb 2012

salam...

BESARnyer huruf itu kan... haha.

topik hari ni.. draf hidup.

hurm... tadi berbincang dengan staf kat sini tentang planning masa depan. teringat kat dalam blog cik jue ada letak gambar dalam post my room sebelum ni. yer.. planning. penting kan??? sape2 kat sini yang suka sangat buat planning awal ni?! hehe.
bley bayangkan cik jue tolak troli dengan barang yang bertimbun?


cik jue ni suka buat planning awal2. even nak gi shopping barang dapur pun, cik jue dah ready dengan list taw.. haha. sapa nak pergi supermarket 2, 3 kali? penat taw kalau nak gi semula. huhu. habit ni mula sejak zaman sekolah lagi. pernah cik jue buat draf tu masa STPM. cik jue rancang sampai umur MARRIED. haha.

berangan nak pakai baju pengantin warna pink. :)

rasa risau la plak... umur cik jue dah 24 tahun. tapi keja pun masih biasa2. gaji cukup makan. xrezeki lagi kata org. bersyukur la. risau target xcapai lagi. huhu.. kalau keja masih gaji cukup makan, maknanya lambat la nak kawen!!!! makkkk!!! xnak lewat sangat kawen. naya la... ANDARTU!!! huhuhu...

PARANOID!!! yer betul. cik jue risau tahap gaban. entah la. paling lewat cik jue nak kawen masa umur 26 tahun. kalau lewat sangat takut risiko penyakit kaser payu dara dan susah nak beranak nanti. lagipun kalau beranak lewat, nanti umur dah tua, anak kecik lagi.. ikut dari belakang. huhu...adoyay.. mana ada tenaga nak uruskan diorg nanti.. lagi2 cik jue nak anak ramai. haha... suka keadaan meriah taw.

nyanyuk dah kot ni.. melalut xtentu pasal. haha. opss. tu jer kot.
tata...

Wednesday, February 15, 2012

satu permulaan baru mungkin???



wednesday, 15 feb 2012

salam...



cantek x??? bukan cik jue yg lukis. hehe.

erm... terdetik nak update.

semalam masa tengah baca novel contengan jalanan by hlovate, cik jue terasa semangat baru. entah la. terasa nak buat something new dan hebat. perjalanan hidup cik jue buat masa sekarang terasa macam dull. macam xde tujuan. somtehing that missing. well, not love perhaps.. haha.

terasa nak join bulatan gembira kembali.. lama betul tinggal zaman tu. huhu.. pastu plak, cik jue terus capai pensel dan kertas. TULIS SAJAK!!! yer... cik jue pun dah lama xberkarya. bersajak macam meluahkan perasaan jer. adoyay. terasa juga nak buat novel. hehe. sifat pemalas ni kuat betul genggam diri cik jue.. ALASAN JER...


nak simpan duit...

nak tambah income...
cik jue rasa xdapat nak kerja kat sini jer. cik jue kena tukar kerja. yela.. cari life yang lebih stabil. stabil dari segi material-kewangan, rumah dan kereta. umur dah dekat 24 tahun. susah juga kalau xcapai apa2 lagi dalam life kan. lagipun adik mesti nak sambung belajar tahun depan. banyak nak pakai duit tu.


menulis???

berkarya...
cik jue nak menulis kembali. sebagai cara untuk meluahkan perasaan. ya, itu kebenaran. paling kurang dapat juga stress kat tempat kerja hilang. bersajak adalah cara yang paling mudah. xperlu nak hurai. ringkas dan penuh perasaan. semalam pun 2 sajak cik jue buat spontan!

tulis novel???
erm.. masih bercita2 nak tulis novel. haha. pernah buat jalan cerita sahaja tapi novelnya xsiap2. sifat bertangguh2 selalu jer ade. malas apatah lagi. mungkin cik jue boleh start buat rangka. sebab jalan cerita macam dah ade jer. hehe. baek punya!!!

setakat tu jer kot planning cik jue nak buat. doakan cik jue berjaya dengan test penguasa kastam dan dapat offer temuduga. amin...