Sabtu, 10 Oktober2009
Kebelakangan ini kita selalu melihat di dada akhbar tentang musibah yang berlaku di negara2 jiran. Taufan ketsana, gempa bumi di Padang, Indonesia, banjir di Itali dan ribut yg berlaku di Filipina. Semua ini berlaku sekelip mata.
Sorotan dari gempa bumi di Padang. Gempa bumi yang berlaku dalam masa lebih kurang 1 minit telah membawa kehancuran pada bumi Padang dalam sekelip mata. 4 buah kampung hilang bersama-sama gegaran itu. Insfrastruktur musnah dan nyawa terkorban. Sisa harapan untuk menyelamatkan mangsa-mangsa yg masih hidup makin tipis. Sisa bangunan yg digali hanya menemui mayat yg hancur. Padang menjadi padang yg tandus. Tiada sisa ketawa dari anak2 kecil melainkan tangisan gelora kesunyian. Tiada senyuman terpalit di wajah melainkan menayangkan jiwa yg luka.
Musibah yg berlaku di Padang hanya sekelumit dari kuasa Tuhan untuk kita hamba-Nya. Siapa kita untuk menolak ketentuanNya? Apa kita redha atau tidak akan ketentuanNya?
FirmanNya:
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
(Al-Baqarah:216)
Apabila berlaku musibah, ada yg akan mengatakan ada hikmah disebalik apa yg berlaku. Ada pula mengambil jalan singkat atau tidak berfikir dan terus menyalahkan nasib yg malang. Padahal Allah tidak akan membebankan hamba-Nya melainkan untuk menguji keimanan atau ketaqwaan seseorang itu.
Situasi A:
Ahmad telah gagal untuk mencapai target 3.5 pointer yg membolehkannya mendapat dekan. Dia hanya mendapat 2.5 pointer sahaja. Ahmad menyalahkan nasibnya yg malang dan bersedih kerana gagal mencapai targetnya.
Situasi B:
Adilla mengalami kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan ke kuliah. Dia hanya cedera ringan sahaja. Terlintas di fikirannya jika dia mati pada saat itu, ruginya dia... adakah cukup amalan yg akan dia bawa atau tidak? Apakah dia masuk syurga atau tidak?
Kesimpulan situasi:
Ahmad tidak sepatutnya menyalahkan nasibnya kerana rezeki kita masing2 telah ditentukan oleh Allah. Dia sepatutnya redha untuk menerima keputusannya walau tidak seberapa. Dia patut berfikir mengapa dia tidak mencapai target. Adakah dia belajar dengan bersungguh-sungguh? Adakah dia telah mengulang kaji dengan sebaiknya? Apakah dia telah mengikut segala arahan pensyarah? Semua faktor perlu difikir. Bukannya duduk menyalahkan takdir. Bagaimana dengan niat dia ketika belajar dan sebelum mengambil peperiksaan?
Dalam situasi Adilla pula, dia tersentak dek kemalangan yg dialaminya. Apakah cukup amalan yg dia buat? Dia sedar kemalangan yg terjadi bukan sekadar musibah tetapi ujian. Ujian yg menguji kesedaran terhadap hidup yg dijalaninya. Adakah hidupnya hanya dipenuhi dengan yg fana atau mengejar keduniaan semata-mata? Bagaimana pula amalan yg sepatutnya menjadi bekalan dunia akhirat? Apakah dia layak masuk syurga dengan iman senipis kulit bawang? Adilla bersyukur kerana Allah masih sayang padanya dan memberi peluang untuk dia memperbaiki diri.
Bagaimana dengan diri kita? Apabila ditimpa musibah, adakah kita menjadi Ahmad atau Adilla? Kadang2, apabila kita tidak mendapat apa yg kita mahu, itu adalah yg terbaik untuk diri kita. Jadi, ada hikmah kenapa semua musibah berlaku pada kita. Bukan untuk membebankan atau Allah tak sayang. Lagipun apa yg kita mahu itu kadang2 mendatangkan keburukan kepada diri kita. Semuanya untuk menguji kesabaran kita juga. Bersyukurlah dengan apa yg ada. Redhalah... Allah Maha Adil. Dia pasti akan beri kepada kita seadil-adilnya. Banyak itu yg kita usaha, banyak itu juga yg kita dapat. So, work hard on it! You will earn what you already did.
By ,
http://bingkaikehidupan88.blogspot.com
No comments:
Post a Comment